Alhamdulillah.. ! Terbit juga idea untuk NaZ mencoretkan sesuatu pada tajuk ini. Kesibukan pada tugas dan keterbatasan masa untuk ber"online" membuatkan tajuk yang tersedia ini tergantung agak lama dan terbiar begitu sahaja.
Kali ini tergerak hati NaZ untuk berkongsi pengalaman perjalanan NaZ tempoh hari. Perjalanan jauh daripada Utara tanah air dari negeri kelahiran turun ke ibukota metropolitan Kuala Lumpur. Sesungguhnya banyak sungguh pengalaman yang tidak terungkap di dalam warkah kecil ini namun apa sahaja yang NaZ kongsikan ini adalah berdasarkan kepada gerak hati dan perasaan. Menarik dan penuh mendalam pengertiannya...
NaZ turun awal ke Kuala Lumpur. perjalanan NaZ pada awal malam dari kampung membuatkan ketibaan awal di Kuala Lumpur agak membosankan. Suasana Puduraya khususnya yang sedang dalam proses 'pemulihan' membuatkan tiada tempat kebiasaan untuk NaZ melepaskan lelah dinihari setelah semalaman di dalam 'perut' bas. Terkongkong...!
Mujur ada Restoran Anuja (mesti bayar royalti ni tolong promosi :P) sebagai tempat tujuan. NaZ melepaskan rasa lapar pada bekalan sediaan Ibu sejak malamnya lagi
Dalam melayani perasaan mengantuk, NaZ dikejutkan dengan kelibat seorang lelaki separuh tinggi; membawa gitar 'tong' dan topi lusuh. Tanpa segan silu lelaki ini memetik gitarnya mencari "tune" ; membetulkan harmonika yang diletakkan pada "stand" di bahunya dan dirapatkan pada bibirnya dan ditiup-tiup harmonika itu. Setelah 5 minit mencari apa yang diinginkannya terlaksana, lelaki ini mendendangkan lagu. tajuknya NaZ kurang pasti.., namun apa yang penting lelaki ini berjaya menarik perhatian kami seluruh isi restoran (royalti?? :P)
Lelaki ini mula mendendangkan lagu pelbagai rentak dan irama. NaZ serta pelanggan-pelanggan restoran yang lain turut rasa terhibur dan sama-sama menghayati lagu yang disampaikan. NaZ sendiri mengikuti dan menghayati lagu sehingga mengikut tempo dengan menghentak-hentak kaki :P. Paling menarik ada instrumen muzik mambawa bunyi "chime" diletakkan di bahagian atas kaki lelaki ini (selepas ini NaZ gelarkan SJ akronim kepada Seniman Jalanan).
Hampir 2 jam SJ ini menghiburkan semua pelanggan restoran (NaZ perlukan royalti untuk menyebut nama restoran ini :P). Itupun NaZ perasan apabila turun daripada membersihkan diri di tempat yang berdekatan dengan tempat persembahan SJ ini. Stamina yang cukup kuat ditambahkan dengan suaranya yang serak-serak basah. Namun apa yang NaZ kagum dengannya ialah sifatnya yang tidak mengira malu dan segan; demi minatnya mungkin.. Atau juga mungkin kerana temboloknya.
NaZ benar-benar kagum dengan SJ ini..... Itulah sahaja yang dapat NaZ ungkapkan.
No comments:
Post a Comment