Seusai urusan rasmi di Kuala Lumpur 17 Mac yang lalu, NaZ terus pulang ke kampung untuk menziarahi kedua-dua orang tua dan sanak saudara di Kedah. Seperjalanan pulang dengan NaZ ialah seorang 'veteran dalam hidup' yang secara tidak sengaja berkongsi satu pengalaman hidupnya yang dikira agak menarik.
"Adik nama siapa?"
"Panggil saja Zul. Pakcik?"
"Nama pakcik Din"
NaZ berkenalan dengan pakcik ini. Orangnya berusia lebih 50-an, berkulit sawo matang, berbadan tegap namun yang menarik padanya adalah bentuk tubuhnya tidak senada dengan usianya. Wajahnya amat manis dan mesra.
NaZ sempat bertanya tempat asalnya. Hmmm... perantau juga seperti NaZ namun pakcik ini tetap sinonim dengan beberapa kenalan rapat NaZ kerana kami kebetulan menuju destinasi yang hampir sama... desa!
Pakcik Din memandang NaZ seraya bertanya...
"Zul tau tak maksud ini" sambung Pak Din (boleh NaZ gelarkannya dalam warkah ini) sambil mengangkat tangannya dan mengembangkan jari-jemarinya.
NaZ jadi kaget. Macam menarik...
Lantas NaZ merapatkan sedikit tubuh mengisi ruang kosong di bangku yang menjadi pemisah antara kami sepanjang perjalanan itu.
Pertama sekali Pak Din menunjukkan ibu jarinya.
"Apa makna ini Zul?" ujar Pak Din sambil mengangkat ibu jarinya ke atas dan menggenggam erat 4 jari selainnya.
Laju sahaja NaZ menjawab. "Bagus Pak Din..". Pak Din tersenyum sinis. Mungkin benar mungkin tidak terkaan rambang NaZ itu.
Pak Din menyambung kembali soalannya. "Ini apa Zul?"
NaZ membalas pantas. "Ibu jari"
"Ibu jari ini ibarat ibu kita. Penuh kelembutan.."
Pening NaZ.. Apa kaitan kelembutan dengan ibu jari. Tanda sedap makanan ibu ataupun tanda bagus adalah juga kaitannya.
Seolah-olah faham apakah yang bersarang di benak NaZ ketika itu, Pak Din mengulas lanjut. "Jari ini ibarat didikan dan tunjuk ajar seorang ibu, penuh kelembutan. Dan ia dinamakan ibu jari, sempena ibu kita Zul," sambil membuat tanda isyarat menunjuk yang mana ibu jari dicondongkan ke hadapan dan jari selainnya digenggam.
NaZ tersenyum simpul. Mengangguk dan lebih mengerti... Dan kini tersenyum juga, samada perlu atau tidak lagi menyambung coretan ini. :P
No comments:
Post a Comment