Sunday, March 28, 2010

SEPAGI BERSAMA SENIMAN JALANAN



Alhamdulillah.. ! Terbit juga idea untuk NaZ mencoretkan sesuatu pada tajuk ini. Kesibukan pada tugas dan keterbatasan masa untuk ber"online" membuatkan tajuk yang tersedia ini tergantung agak lama dan terbiar begitu sahaja.

Kali ini tergerak hati NaZ untuk berkongsi pengalaman perjalanan NaZ tempoh hari. Perjalanan jauh daripada Utara tanah air dari negeri kelahiran turun ke ibukota metropolitan Kuala Lumpur. Sesungguhnya banyak sungguh pengalaman yang tidak terungkap di dalam warkah kecil ini namun apa sahaja yang NaZ kongsikan ini adalah berdasarkan kepada gerak hati dan perasaan. Menarik dan penuh mendalam pengertiannya...

NaZ turun awal ke Kuala Lumpur. perjalanan NaZ pada awal malam dari kampung membuatkan ketibaan awal di Kuala Lumpur agak membosankan. Suasana Puduraya khususnya yang sedang dalam proses 'pemulihan' membuatkan tiada tempat kebiasaan untuk NaZ melepaskan lelah dinihari setelah semalaman di dalam 'perut' bas. Terkongkong...!

Mujur ada Restoran Anuja (mesti bayar royalti ni tolong promosi :P) sebagai tempat tujuan. NaZ melepaskan rasa lapar pada bekalan sediaan Ibu sejak malamnya lagi

Dalam melayani perasaan mengantuk, NaZ dikejutkan dengan kelibat seorang lelaki separuh tinggi; membawa gitar 'tong' dan topi lusuh. Tanpa segan silu lelaki ini memetik gitarnya mencari "tune" ; membetulkan harmonika yang diletakkan pada "stand" di bahunya dan dirapatkan pada bibirnya dan ditiup-tiup harmonika itu. Setelah 5 minit mencari apa yang diinginkannya terlaksana, lelaki ini mendendangkan lagu. tajuknya NaZ kurang pasti.., namun apa yang penting lelaki ini berjaya menarik perhatian kami seluruh isi restoran (royalti?? :P)

Lelaki ini mula mendendangkan lagu pelbagai rentak dan irama. NaZ serta pelanggan-pelanggan restoran yang lain turut rasa terhibur dan sama-sama menghayati lagu yang disampaikan. NaZ sendiri mengikuti dan menghayati lagu sehingga mengikut tempo dengan menghentak-hentak kaki :P. Paling menarik ada instrumen muzik mambawa bunyi "chime" diletakkan di bahagian atas kaki lelaki ini (selepas ini NaZ gelarkan SJ akronim kepada Seniman Jalanan).

Hampir 2 jam SJ ini menghiburkan semua pelanggan restoran (NaZ perlukan royalti untuk menyebut nama restoran ini :P). Itupun NaZ perasan apabila turun daripada membersihkan diri di tempat yang berdekatan dengan tempat persembahan SJ ini. Stamina yang cukup kuat ditambahkan dengan suaranya yang serak-serak basah. Namun apa yang NaZ kagum dengannya ialah sifatnya yang tidak mengira malu dan segan; demi minatnya mungkin.. Atau juga mungkin kerana temboloknya.

NaZ benar-benar kagum dengan SJ ini..... Itulah sahaja yang dapat NaZ ungkapkan.

Share

Monday, March 22, 2010

JARI


Seusai urusan rasmi di Kuala Lumpur 17 Mac yang lalu, NaZ terus pulang ke kampung untuk menziarahi kedua-dua orang tua dan sanak saudara di Kedah. Seperjalanan pulang dengan NaZ ialah seorang 'veteran dalam hidup' yang secara tidak sengaja berkongsi satu pengalaman hidupnya yang dikira agak menarik.

"Adik nama siapa?"

"Panggil saja Zul. Pakcik?"

"Nama pakcik Din"

NaZ berkenalan dengan pakcik ini. Orangnya berusia lebih 50-an, berkulit sawo matang, berbadan tegap namun yang menarik padanya adalah bentuk tubuhnya tidak senada dengan usianya. Wajahnya amat manis dan mesra.

NaZ sempat bertanya tempat asalnya. Hmmm... perantau juga seperti NaZ namun pakcik ini tetap sinonim dengan beberapa kenalan rapat NaZ kerana kami kebetulan menuju destinasi yang hampir sama... desa!

Pakcik Din memandang NaZ seraya bertanya...

"Zul tau tak maksud ini" sambung Pak Din (boleh NaZ gelarkannya dalam warkah ini) sambil mengangkat tangannya dan mengembangkan jari-jemarinya.

NaZ jadi kaget. Macam menarik...

Lantas NaZ merapatkan sedikit tubuh mengisi ruang kosong di bangku yang menjadi pemisah antara kami sepanjang perjalanan itu.

Pertama sekali Pak Din menunjukkan ibu jarinya.

"Apa makna ini Zul?" ujar Pak Din sambil mengangkat ibu jarinya ke atas dan menggenggam erat 4 jari selainnya.

Laju sahaja NaZ menjawab. "Bagus Pak Din..". Pak Din tersenyum sinis. Mungkin benar mungkin tidak terkaan rambang NaZ itu.

Pak Din menyambung kembali soalannya. "Ini apa Zul?"

NaZ membalas pantas. "Ibu jari"

"Ibu jari ini ibarat ibu kita. Penuh kelembutan.."

Pening NaZ.. Apa kaitan kelembutan dengan ibu jari. Tanda sedap makanan ibu ataupun tanda bagus adalah juga kaitannya.

Seolah-olah faham apakah yang bersarang di benak NaZ ketika itu, Pak Din mengulas lanjut. "Jari ini ibarat didikan dan tunjuk ajar seorang ibu, penuh kelembutan. Dan ia dinamakan ibu jari, sempena ibu kita Zul," sambil membuat tanda isyarat menunjuk yang mana ibu jari dicondongkan ke hadapan dan jari selainnya digenggam.

NaZ tersenyum simpul. Mengangguk dan lebih mengerti... Dan kini tersenyum juga, samada perlu atau tidak lagi menyambung coretan ini. :P

Share

Wednesday, March 10, 2010

LUAHAN LAMA GARAPAN BAHARU


Sudah lama isu ini diutarakan. Namun NaZ nak 'twist' sikit isu ini kepada soal adab ketimuran kita. Yang mana kini sering dipandang enteng dan endah tak endah sebilangan 'mereka' ini. Tergerak hati nak suarakan isu ini (walaupun dah terbuku agak lama menantikan jari ini pantas menari di papan kekunci serta idea bernas menuturkan bait-bait agar tiada terasa) ketika menjamu 'selera' di sebuah restoran 'mereka' di pinggir bandar Kuching sehari yang lalu.

Alkisahnya NaZ memesan sepinggan nasi beriyani daging sebagai santapan makan malam sementelahan tidak bersantap hampir separuh hari (hampir maghrib ketika itu). Dengan kelesuan pulang dari kerja dan ketika menjamu 'selera' itu, NaZ dikejutkan dengan tingkahlaku salah seorang daripada 'mereka' yang bertindak agak kurang sopan dengan menyapu sampah betul-betul di hadapan NaZ. Serta-merta NaZ hentikan suapan dan termenung sambil memerhati sampah yang disapunya. Namun selepas beberapa minit dan sambil NaZ mengeluh, barulah 'mereka' ini tergamam dan menyedari bahawa tindakan mereka ini kurang manis selaras dengan adab ketimuran.

Ini adalah antara satu episod pengalaman yang pernah dilalui oleh NaZ dan ramai orang lagi yang pernah 'terkena' adat dan adab sopan warga Asia Selatan ini. Ada yang dilayan tidak sempurna dan tidak mendapat hah-hak yang sewajarnya sebagai seorang pengguna. Pernah juga saya di'perbodoh'kan dengan dinyatakan dalam nasi beriyani memang tidak pernah disediakan papedom (bukan sahaja di kedai'nya' tetapi juga kedai-kedai yang lain), padahal tradisinya papedom adalah menjadi satu kemestian dalam hidangan khususnya hidangan nasi beriyani. Alahai.....

Ada juga 'mereka' ini yang tidak faham langsung bahasa pertuturan kita (maksud NaZ bahasa Melayu). Yang 'mereka' tahu hanyalah geleng dan angguk kepala. Bahkan baru-baru ini serbuan pihak berkuasa yang bertanggungjawab di Lembah Klang mendapati hanya seorang daripada 'berorang-orang' daripada mereka yang beragama Islam, itupun belum cukup sifatnya kerana banyak hukum-hukum Islam yang tidak diketahuinya. Padahal restoran yang diserbu itu menjadi pilihan kita sendiri saban masa.Alahai sekali lagi.....

Berbalik kepada soal adab ketimuran tadi, bahasa dan adat resam kita tidak dipelajari. Hadir ke sini sekadar untuk mencari rezeki tanpa rasa ada inisiatif untuk menerokai sistem kehidupan kita. Mungkin taraf pendidikan mereka tidalah setinggi mana namun kesedaran haruslah wujud dalam diri masing-masing ibarat adat perantau harus segera menyesuaikan diri walau di mana berada.

Jadikan diri kita umpama INTAN
Diletak di tengah panas bersinar ia
Tersalut lupur dibilas tiada pudar jua
Hancur digilis makin semarak silaunya

Menyentuh kembali isu pemakanan, satu hari yang lepas sebuah pasaraya terkemuka di Damansara telah dikenalpasti menjual barangan makanan yang diragui status kehalalannya. NaZ cukup pasti produknya yang dikilangkan di Sungai Petani, tempat NaZ membesar. Pekerjanya yang NaZ cukup kenal juga adalah warga 'mereka' yang berasal dari Vietnam. Kebetulan NaZ semasa di Utara Semenanjung dulu terlibat secara tidak langsung dalam perusahaan belulang dan pekerjanya (yang diupah memungggah dan menimbang belulang ini) adalah dari kalangan mereka ini yang bekerja di kilang terbabit jelas tidak bukan Muslim. bayangkan pagi ke petang bekerja dengan belulang (bagi yang tahu hanyir dan kotornya berserta berengga lagi) dan giliran malam mereka di kilang memproses makanan! Mudah cerita mereka ini bukan semuanya jenis yang prihatin dalam mementingkan kebersihan.

NaZ harap tanggungjawab pihak berkuasa agar dapat memastikan sisitem hiidup kita ini tidak dipengaruhi oleh "mereka-mereka" ini. Parah juga jika dilihat kebejatan sosial yang disumbangkan kini juga ada susur galur dengan 'mereka'. Siapa yang melarikan anak-anak gadis sunti kita, dinikahi di negara asal 'mereka' dan lebih sadis lagi ada yang dimurtadkan! (walaupun tidak kedengaran secara umum namun perkara ini tidak mustahil berlaku)

Aduhaaaaiiii....!
Share